Selasa, 11 Februari 2014

Apakah faktor-faktor seseorang itu membunuh diri?




Di antaranya ialah PUTUS ASA.(sama ada dari cinta buta dan sebagainya.)


Dalam al Quran sudah menyebut akan dosa besar apabila seseorang itu membunuh jiwa seseorang tanpa hak. Begitu juga orang yang membunuh diri, dosanya adalah kekal di dalam neraka dengan caranya membunuh diri di dunia dahulu. Jika dia membunuh dirinya dengan racun, di akhirat pun dia akan terus meminum racun buat selama-lamanya. Jika dia membunuh diri dengan terjun dari bangunan yang tinggi, dia juga akan melakukan perkara yang sama di hari akhirat buat selama-lamanya dan begitu juga sebaliknya.


Nabi S.A.W telah Bersabda:

“Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia, begitulah dia akan di azab dengannya (cara dia membunuh diri) di hari kiamat kelak” Riwayat Imam Bukhari.

Itu di antaranya yang nyata disebut oleh Allah di dalam Surat azZumar ayat 53: (Putus Asa) LIHAT SEBELAH,

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Moral Cerita:

JANGAN LAH KITA BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH S.W.T .Sesungguhnya kita ada Allah Ta’ala yang mendengarkan setiap rintihan dan permohonan. Kita bertaubat dan iringi dengan amalan-amalan soleh, mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa kita.

Tolong share kepada ummat islam.
-Catatan Abu Nadrah Pencinta Bahasa Arab dan Perjalanan Menghafal Quran




Tiada ulasan: