Rabu, 22 Mei 2013

Penghijrahan malek noor

                                           
SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu. Seorang yang gagah perkasa akhirnya jatuh juga dengan hidayah Allah Taala. Subhanallah, Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an. Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.. Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba. Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.. Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.. Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal. Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar. Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC. Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran.” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya. Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan. Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda. Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang. Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek. Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia. Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya. Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam. Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

SEMOGA MENJADI PENGAJARAN KEPADA KITA,INSYAALLAH

Kredit by Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas 

Isnin, 6 Mei 2013


TAHUKAH ANDA, NABI SAW TELAH BERSABDA BAHAWA ;

"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya, Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi" HADIS DIRIWAYAT AL-BAIHAQI R.A.

SUAMI BOLEH DIANGGAP DAYUS APABILA





1-Membiarkan kecantikan aurat,bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat(jika bekerja) atau di luar rumah. 
2-Membiarkan isterinya balik lewat daripada kerja yang tidak diketahui bersama lelaki atau tidak, dan apa yang dilakukan di pejabat dan siapa yang menghantarnya pulang. 
3-Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya terlihat(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sehingga terlihat aurat mereka. 
4-Membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunang atau teman lelaki yang bukan mahramnya. 
5-Membiarkan anak perempuannya berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa spoting yang memahami. 
6-Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuannya dan isterinya berpakaian seksi di luar rumah. 
7-Membiarkan isteri dan anak perempuannya memasuki pertandingan hiburan seperti Akademi Fantasia, Mentor, Vokal bukan sekadar rupa dan sebagainya sehingga mempamerkan kecantikan kepada manusia yang bukan mahramnya. 
8-Membiarkan isteri dan anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. 
9-Membiarkan isteri dan anaknya bekerja atau keluar rumah tanpa menuntut aurat dengan sempurna. 
10-Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa ada sebab yang diiktirafkan oleh islam seperti  terpaksa disentuh demi menyelamatkan nyawa daripada lemas dan seumpamanya. 
11-Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. 
12-Membawa isteri dan anak perempuannya untuk dirawat oleh doctor lelaki sedangkan masih ada klinik atau hospital yang mempunyai doktor wanita. 
13-Membiarkan pergi bekerja dengan menumpang kawan lelaki sepejabat tanpa ada perasaan cemburu. 
14-Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lalaki tanpa sebarang pemerhatian. 
15-Membiarkan anak perempuan memakai baju ketat keluar rumah sehingga menyusuk tubuh badan tanpa ada teguran. 

Khamis, 28 Mac 2013

PERSEDIAAN MENGHADAPI HARI TUA



Pelaburan Terbaik Di Usia Tua Sebelum Mati


Anak Yang Soleh

- Seseorang yang meninggalkan anak soleh,dia akan mendapat pahala berterusan selama mana anak soleh itu masih hidup.Setiap kali anak soleh itu membuat amal kebajikan si ayah akan mendapat pahala seperti anaknya itu.Akan tetapi perlu diketahui bahawa seseorang akan memperolehi pahala sebab anaknya soleh jika dia semasa masih hidupnya berusaha mendidik anaknya itu agar menjadi soleh.Atau dalam erti kata lain, memberinya tunjuk ajar agar mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya serta menyediakan kelengkapan harian dan memberi pembelanjaan yang cukup untuk anak mereka menuntut ilmu.Sebaliknya ayah yang tidak bertanggungjawab ke atas anaknya, membiarkan anaknya terlantar,meninggalkannya tidak memberi nafkah dan pendidikan,dia akan disoal oleh Allah dan akan menerima balasan seksaan yang pedih.

Sedekah Jariyah

- Sedekah jariayah ialah sedekah yang kegunaannya berterusan.Umpamanya seseorang semasa hidunya mendermakan hartanya untuk pembinaan madrasah, masjid, surau, hospital dan lain-lain. Selagi madrasah yang disumbang itu masih berdiri tegak dan dilimpahi dengan majlis-majlis agama atau belajar, maka para penderma tetap mendapat pahala yang berterusan sekalipun dia sudah meninggal dunia.Firman Allah dalam surah Yasin yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami akan menghidupkan orang yang telah mati dan Kami tuliskan apa yang telah mereka amalkan dahulu dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan."(Yasin :12)

Ilmu Yang Dimanfaatkan

- Ilmu yang diajarkan atau memberi tunjuk ajar kepada orang lain, lalu diamalkan. Misalnya seseorang semasa hidupnya mengajar orang lain tentang wudhuk, solat atau membaca Al-quran. Maka setiap kali orang yang diajar mengamalkan ilmunya, guru yang mengajarnya akan mendapat pahala sekalipun sudah meninggal dunia.Lalu  si murid mengajarkan pula kepada orang lain dan diamalkannya pula. Si murid telah menjadi guru dan mengajar orang anak muridnya turut mendapat pahala, Begitulah sesudahnya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya :" Barang siapa yang menyeru (memberi tunjuk ajar) manusia kepada petunjuk, dia akan memperolehi pahala serupa dengan pahala yang didapati oleh yang mengikutnya, dengan tidak dikurangi pahalanya sedikitpun juga."(H.R. MUSLIM)

Mewariskan Al-quran Atau Kitab Agama

- Umat islam yang tidak sempat atau  tidak manpu mengajar ilmu agama atau mengarang buku, masih mempunyai kesempatan untuk melabur dalam bidang ini. Mereka membeli atau membiayai buku-buku agama islam lalu dihadiahkan kepada orang lain atau diwakafkan kepada perpustakaan, sekolah, masjid atau surau. Setiap kali ada orang yang membaca buku tersebut,apa lagi kalau ilmu amali, maka si pewakaf buku mendapat pahala sama dengan si pembaca. Oleh kerana itu, Al-Quran atau surah Yasin yang diwakafkan di masjid-masjid tidak sepatutnya dikunci cantik di dalam almari atau dibiarkan tidak dibaca sebab kalau tidak dibaca, pahala tidak mengalir  ke tuannya dan penderma hanya mendapat pahala ketika menderma sahaja. Seperti sedia maklum bahawa di sesetengah masjid atau surau, terdapat banyak sangat buku surah Yasin atau Al-Quran yang diwakafkan oleh pelbagai pihak ada diantaranya tidak pernah dibaca langsung, kecuali hanya dibuat perhiasan saja. Disini kami nasihatkan, mana-mana pihak yang ingin mewakafkan Al-Quran atau Surah Yasin hendaklah mencari tempat melabur yang lebih aktif seperti dihadiahkan kepada orang yang kurang mampu membeli buku agama atau Kitab Al-Quran, kelas-kelas Al-Quran, atau masjid yang betul-betul kekurangan.

- Cara lain ialah dengan mewakafkan pakaian solat ke tempat-tempat solat seperti kain, telekung, kopiah, jubah, sejadah dan sebagainya. Pakaian-pakaian tersebut boleh diletakkan di masjid atau surau yang berdekatan tempat membeli belah atau berdekatan dengan bandar yang mana orang sentiasa sibuk atau tempat-tempat yang dianggap perlu diwakafkan. Alangkah gembiranya seseorang itu yang memasuki surau atau masjid untuk solat apabila melihat ada kain yang diwakafkan. Kerana kebetulan seluar yang dipakai sudah tidak bersih.

Mewariskan Perigi

- Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Barang siapa yang mengali sumber air (perigi), dan airnya diminum oleh makhluk yang hidup sama ada dari kalangan jin, manusia, binatang buas atau burung, Allah akan memberikan pahala kepadanya sehingga ke hari kiamat." . Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW:"Apakah sedekah yang lebih utama?" Baginda menjawab :"air."

- Ada sebuah perigi seorang yahudi di Madinah yang menjadi tumpuan kaum Muslimin Madinah untuk mendapatkan air. Mereka perlu membayar kepada yahudi itu setiap kali mengambil air. Oleh itu Sayyidina Usman, membeli perigi itu dari yhudi tersebut. Kemudian beliau mewakafkan perigi itu untuk kegunaan kaum Muslimin. Mereka bebas mengambil air tanpa perlu membayar. Rasulullah sangat memuji langkah Sayyidina Usman itu.Oleh hal demikian, pengajarannya, jikalau kita tidak dapat mewakafkan perigi dalam keadaan zaman moden ini. Kita sambung paip air ke tempat umun, setiap orang bebas mengunakannya, sedang bilnya ditanggung oleh pihak yang ingin mewakafkan perigi itu atau cara lain ialah kita membayar bil-bil air di masjid-masjid, surau-surau dan orang yang tidak berkemanpuan.

Menanam Pokok Berbuah

- Kaum muslimin yang inginkan pahala mengalir kepadanya  walaupun dia telah lama mati, Boleh juga ditempuh dengan cara menanam pokok berbuah. Lalu buahnya direlakan dan dibiarkannya agar dimakan oleh makhluk-makhluk lain, haiwan-haiwan atau manusia.Justeru itu, Semua buah yang diambil oleh pihak lain dikira sebagai sedekah. Sekiranya pokok itu terus hidup dan buahnya terus dinikmati oleh makhluk setelah dia mati, dia tetap mendapat pahala. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Mana-mana orang Islam yang menanam suatu tanaman atau menyemai suatu benih, lalu dimakan oleh burung, manusia atau haiwan-haiwan lainnya, melainkan ia menjadi sedekah yang mendatangkan pahala." (H.R. Bukhari)

Contoh Teladan Yang Baik

- mengajak manusia ke jalan Allah bukan hanya dilakukan dengan mulut saja, tapi dapat juga dilakukan dengan tingkah laku ynag baik. Bahkan itulah yang lebih berkesan. Misalya sepasang suami isteri yang ingin anaknya menjadi soleh. Mereka rajin mengejarkan solat sebaik saja masuk waktu dengan disaksikan oleh anak-anaknya. Maka jika anak kecil yang sentiasa melihat ibu bapanya mengejarkan solat, tanpa disuruh si anak akan mudah ikut mengejarkan solat. Lama kelamaan menjadi biasa bagi anak mereka, kerana orang tuanya tidak pernah melalaikan solat.

-  Si ibu mestilah sentiasa berpakaian menutup aurat bila keluar rumah, maka anak perempuannya juga akan meminta tudung setiap kali melihat ibunya memakai tudung. Demikian juga dengan amalan-amalan yang lain sama ada yang wajib atau sunat. Ibu bapa sentiasa memilih mengejarkan yang terbaik. Maka anak-anaknya pun akan mengikutnya. Itulah yang dikatakan uswatun hasanah. Mengajak kebaikan melalui teladan.

SEDIKIT ILMU DIKONGSI, SEMOGA BERMANFAAT

kelebihan solat sunat dhuha




KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara Mengejar Solat Sunat Dhuha :
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

    “Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

    ” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

    ” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher




kelebihan besedekah

KELEBIHAN BERSEDEKAH


















JOm BerSeDekAh pada Jalan Allah

1- Para Malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah.

2- Merupakan kemenangan ke atas syaitan.

3- Memadam kemurkaan Allah SWT.

4- Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.

5- Mengawal kehormatan dan maruah.

6- Memperbaiki amalan anda sebelum mati.

7- Pelindung kepada api neraka.

8- Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.

9- Memberi keberkatan kepada pemilik harta.

10- Melembutkan hati yang keras.

11- Menyamankan kediaman dalam kubur dan memadam api dalam kubur.

12- Menghapuskan segala kesalahan menghapuskan segala dosa.

13- Menolak bala dan melindungi pemberi sedekah serta ahli keluarga daripada ditimpa bala bencana.

 — diRujukan : http://intl.feedfury.com/content/50364188-.html /blogperibadi rasulullah.

Zikir Harian ~jom baca




JUMAAT : YA ALLAH – 1,000 KALI, ALLAH HAMPIR KEPADA KITA, ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMAL IBADAH, TIDAK MALU TUTUP AURAT BAGI PEREMPUAN.      


SABTU : LAA ILAHA ILLA ALLAH – 1,000 KALI,
SENANG HATI, AMAN DAN TENTERAM.

AHAD : YA HAYYU YA QAYYUM – 1,000 KALI,
ALLAH HIDUPKAN KITA DAN BERI PELIHARAANNYA.


ISNIN : LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM – 1,000 KALI, 
SATU KALIMAT UMPAMA SATU BUKIT UHUD. BANYAK KALI SEBUT HILANGLAH SIFAT MENUNJUK-NUNJUK, KEJI, RIAK, TAKABBUR, SAYANGKAN DUNIA DAN SEBAGAINYA.


SELASA : ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM – 1,000 KALI,
ALLAH AMPUNKAN DOSANYA SATU TAHUN (KALAU NAK PENDEK SELAWAT KE ATAS NABI)

                                                                                                                
RABU : ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM – 1,000 KALI, SATU KALI SEBUT HILANG SATU TITIK HITAM DALAM HATI KITA. SATU TITIK HITAM ADALAH DARI SATU DOSA,  JIKA TIDAK MEMINTA MAAF (MENGHILANGKANNYA) WALAUPUN SEMBAHYANG, KITA AKAN MASUK NERAKA SELAMA MANA TITIK HITAM TERSEBUT BERADA DALAM HATI KITA.

KHAMIS : SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH – 1,000 KALI, ALLAH AMPUNKAN DOSA SEBANYAK BUIH DILAUT, DAN SATU KALI SEBUT TUMBUH SATU POHON SYURGA UNTUK KITA DI TAMAN SYURGA.

sumber rujukan : Pakcikli.com