Khamis, 28 Mac 2013

PERSEDIAAN MENGHADAPI HARI TUA



Pelaburan Terbaik Di Usia Tua Sebelum Mati


Anak Yang Soleh

- Seseorang yang meninggalkan anak soleh,dia akan mendapat pahala berterusan selama mana anak soleh itu masih hidup.Setiap kali anak soleh itu membuat amal kebajikan si ayah akan mendapat pahala seperti anaknya itu.Akan tetapi perlu diketahui bahawa seseorang akan memperolehi pahala sebab anaknya soleh jika dia semasa masih hidupnya berusaha mendidik anaknya itu agar menjadi soleh.Atau dalam erti kata lain, memberinya tunjuk ajar agar mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya serta menyediakan kelengkapan harian dan memberi pembelanjaan yang cukup untuk anak mereka menuntut ilmu.Sebaliknya ayah yang tidak bertanggungjawab ke atas anaknya, membiarkan anaknya terlantar,meninggalkannya tidak memberi nafkah dan pendidikan,dia akan disoal oleh Allah dan akan menerima balasan seksaan yang pedih.

Sedekah Jariyah

- Sedekah jariayah ialah sedekah yang kegunaannya berterusan.Umpamanya seseorang semasa hidunya mendermakan hartanya untuk pembinaan madrasah, masjid, surau, hospital dan lain-lain. Selagi madrasah yang disumbang itu masih berdiri tegak dan dilimpahi dengan majlis-majlis agama atau belajar, maka para penderma tetap mendapat pahala yang berterusan sekalipun dia sudah meninggal dunia.Firman Allah dalam surah Yasin yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami akan menghidupkan orang yang telah mati dan Kami tuliskan apa yang telah mereka amalkan dahulu dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan."(Yasin :12)

Ilmu Yang Dimanfaatkan

- Ilmu yang diajarkan atau memberi tunjuk ajar kepada orang lain, lalu diamalkan. Misalnya seseorang semasa hidupnya mengajar orang lain tentang wudhuk, solat atau membaca Al-quran. Maka setiap kali orang yang diajar mengamalkan ilmunya, guru yang mengajarnya akan mendapat pahala sekalipun sudah meninggal dunia.Lalu  si murid mengajarkan pula kepada orang lain dan diamalkannya pula. Si murid telah menjadi guru dan mengajar orang anak muridnya turut mendapat pahala, Begitulah sesudahnya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya :" Barang siapa yang menyeru (memberi tunjuk ajar) manusia kepada petunjuk, dia akan memperolehi pahala serupa dengan pahala yang didapati oleh yang mengikutnya, dengan tidak dikurangi pahalanya sedikitpun juga."(H.R. MUSLIM)

Mewariskan Al-quran Atau Kitab Agama

- Umat islam yang tidak sempat atau  tidak manpu mengajar ilmu agama atau mengarang buku, masih mempunyai kesempatan untuk melabur dalam bidang ini. Mereka membeli atau membiayai buku-buku agama islam lalu dihadiahkan kepada orang lain atau diwakafkan kepada perpustakaan, sekolah, masjid atau surau. Setiap kali ada orang yang membaca buku tersebut,apa lagi kalau ilmu amali, maka si pewakaf buku mendapat pahala sama dengan si pembaca. Oleh kerana itu, Al-Quran atau surah Yasin yang diwakafkan di masjid-masjid tidak sepatutnya dikunci cantik di dalam almari atau dibiarkan tidak dibaca sebab kalau tidak dibaca, pahala tidak mengalir  ke tuannya dan penderma hanya mendapat pahala ketika menderma sahaja. Seperti sedia maklum bahawa di sesetengah masjid atau surau, terdapat banyak sangat buku surah Yasin atau Al-Quran yang diwakafkan oleh pelbagai pihak ada diantaranya tidak pernah dibaca langsung, kecuali hanya dibuat perhiasan saja. Disini kami nasihatkan, mana-mana pihak yang ingin mewakafkan Al-Quran atau Surah Yasin hendaklah mencari tempat melabur yang lebih aktif seperti dihadiahkan kepada orang yang kurang mampu membeli buku agama atau Kitab Al-Quran, kelas-kelas Al-Quran, atau masjid yang betul-betul kekurangan.

- Cara lain ialah dengan mewakafkan pakaian solat ke tempat-tempat solat seperti kain, telekung, kopiah, jubah, sejadah dan sebagainya. Pakaian-pakaian tersebut boleh diletakkan di masjid atau surau yang berdekatan tempat membeli belah atau berdekatan dengan bandar yang mana orang sentiasa sibuk atau tempat-tempat yang dianggap perlu diwakafkan. Alangkah gembiranya seseorang itu yang memasuki surau atau masjid untuk solat apabila melihat ada kain yang diwakafkan. Kerana kebetulan seluar yang dipakai sudah tidak bersih.

Mewariskan Perigi

- Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Barang siapa yang mengali sumber air (perigi), dan airnya diminum oleh makhluk yang hidup sama ada dari kalangan jin, manusia, binatang buas atau burung, Allah akan memberikan pahala kepadanya sehingga ke hari kiamat." . Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW:"Apakah sedekah yang lebih utama?" Baginda menjawab :"air."

- Ada sebuah perigi seorang yahudi di Madinah yang menjadi tumpuan kaum Muslimin Madinah untuk mendapatkan air. Mereka perlu membayar kepada yahudi itu setiap kali mengambil air. Oleh itu Sayyidina Usman, membeli perigi itu dari yhudi tersebut. Kemudian beliau mewakafkan perigi itu untuk kegunaan kaum Muslimin. Mereka bebas mengambil air tanpa perlu membayar. Rasulullah sangat memuji langkah Sayyidina Usman itu.Oleh hal demikian, pengajarannya, jikalau kita tidak dapat mewakafkan perigi dalam keadaan zaman moden ini. Kita sambung paip air ke tempat umun, setiap orang bebas mengunakannya, sedang bilnya ditanggung oleh pihak yang ingin mewakafkan perigi itu atau cara lain ialah kita membayar bil-bil air di masjid-masjid, surau-surau dan orang yang tidak berkemanpuan.

Menanam Pokok Berbuah

- Kaum muslimin yang inginkan pahala mengalir kepadanya  walaupun dia telah lama mati, Boleh juga ditempuh dengan cara menanam pokok berbuah. Lalu buahnya direlakan dan dibiarkannya agar dimakan oleh makhluk-makhluk lain, haiwan-haiwan atau manusia.Justeru itu, Semua buah yang diambil oleh pihak lain dikira sebagai sedekah. Sekiranya pokok itu terus hidup dan buahnya terus dinikmati oleh makhluk setelah dia mati, dia tetap mendapat pahala. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Mana-mana orang Islam yang menanam suatu tanaman atau menyemai suatu benih, lalu dimakan oleh burung, manusia atau haiwan-haiwan lainnya, melainkan ia menjadi sedekah yang mendatangkan pahala." (H.R. Bukhari)

Contoh Teladan Yang Baik

- mengajak manusia ke jalan Allah bukan hanya dilakukan dengan mulut saja, tapi dapat juga dilakukan dengan tingkah laku ynag baik. Bahkan itulah yang lebih berkesan. Misalya sepasang suami isteri yang ingin anaknya menjadi soleh. Mereka rajin mengejarkan solat sebaik saja masuk waktu dengan disaksikan oleh anak-anaknya. Maka jika anak kecil yang sentiasa melihat ibu bapanya mengejarkan solat, tanpa disuruh si anak akan mudah ikut mengejarkan solat. Lama kelamaan menjadi biasa bagi anak mereka, kerana orang tuanya tidak pernah melalaikan solat.

-  Si ibu mestilah sentiasa berpakaian menutup aurat bila keluar rumah, maka anak perempuannya juga akan meminta tudung setiap kali melihat ibunya memakai tudung. Demikian juga dengan amalan-amalan yang lain sama ada yang wajib atau sunat. Ibu bapa sentiasa memilih mengejarkan yang terbaik. Maka anak-anaknya pun akan mengikutnya. Itulah yang dikatakan uswatun hasanah. Mengajak kebaikan melalui teladan.

SEDIKIT ILMU DIKONGSI, SEMOGA BERMANFAAT

1 ulasan:

hazwan hassan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.